Pasir Mas: Suami isteri dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Hospital Tanah Merah minggu lalu.
Tertuduh Ahmad Abdul Muizz Abdul Halim, 26, dan Nur Rashedah Che Faizo, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa bersama-sama menculik bayi perempuan berusia lima hari yang belum diberi nama di Wad 2 Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah pada 6.47 petang, 15 November 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Idham Abdul Ghani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Disember depan untuk sebutan kes.
Sumber: informasidbt
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2f1pm12
via IFTTT