Keith foo bakal bergelar bapa

loading...

15803710_309214232807151_591007882126399

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Keith Foo yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya, Kim Raymond disahkan hamil dengan usia kandungan memasuki tiga bulan. Seperti orang lain, Keith turut mengalami tempias alahan isterinya apabila beliau sering mengidam coklat.

BACA: Keith Foo Idam Dua Anak, Serikan Rumah Tangga

Secara tiba-tiba, saya mengidam coklat setiap hari. Walhal sebelum ini, saya tidak sukakan makanan manis-manis. Isteri pula lebih sukakan makanan masam seperti jeruk. Nasib baik berat badan saya tidak bertambah kerana masih bersenam.

Namun, berita kehamilan ini adalah satu perjalanan dan pengalaman yang paling indah buat kami berdua, katanya kepada portal My Artis yang teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka selepas mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

Sementara itu, Keith turut merancang untuk berehat seketika dari kerjaya seninya bagi memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatan isteri. Apapun semoga kehadiran cahaya mata sulung mereka akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan rumah tangga pasangan ini. (rkty/w)

KFY-300hx250w.jpg



SUMBER
My Artis

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2jH19ey
via IFTTT

Related Posts :

LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close