loading...
'Giliran saya melalui 'detik hitam' di Hospital Selayang' - Izzat IsmailPada tarikh 30/11/2016, lebih kurang jam 11.30 malam, saya telah menghantar isteri saya, Fara Eliyani yang mengalami pecah air ketuban ke Hospital Selayang. Selepas memeriksa bukaan, doktor meminta Fara ditahan di wad dan dijangka bersalin keesokan hari.
Untuk pengetahuan kalian, di Hospital Selayang, suami diberi kebenaran untuk menemani isteri sewaktu proses kelahiran bayi.
'Detik hitam' bermula pada 01/12/2016 jam 8.30 pagi sejurus Fara ditolak ke dewan (bilik) bersalin. Terdapat dua orang jururawat mengawasi keadaan Fara dan bayi dalam kandungan, namun mereka kadang kala keluar masuk daripada bilik bersalin.
Saya agak panik apabila Fara maklumkan bayi dah nak keluar, saya terus bergegas mencari jururawat dan mereka datang dengan selamba cakap,
"Belum lagi ni, cik,"
Dalam hati saya, "fuh rilek betul akak misi ni, tak menggelabah pun.". Yang bagusnya, jururawat siap ajar Fara untuk baca beberapa ayat Al-Quran bagi memudahkan proses kelahiran.
Lebih kurang jam 10.30 pagi, apabila bukaan sudah 10 cm dan Fara sudah bersedia nak melahirkan bayi, jururawat yang asalnya cuma dua orang, entah dari mana tiba-tiba muncul menjadi 7 ke 8 orang dan turut serta seorang doktor. Dah macam pesta dalam bilik bersalin Fara ini. Mereka semua jadi macam pasukan sorak pom pom girl, bagi semangat dan motivasi pada Fara yang tengah bertarung nyawa untuk bersalin.
"Bagus cik, sikit lagi, sikit lagi, ya bagus cik, pandai sangat, ha pandai macam ini la.."
Fara ada beritahu saya, sorakan jururawat-jururawat ini benar-benar membuatkan dia yang letih menjadi bersemangat.
Bila bayi selamat saja keluar, jururawat ini semua ramai-ramai ucap, "Assalamualaikum" pada anak syurga yang baru lahir. Sayu betul saya rasa masa ini. Servis yang sangat hebat dan profesional.
Gambar team wad bersalin selepas Fara selesai bersalin |
02/12/2016 Fara diberi kebenaran untuk balik. Ada dua pemeriksaan sekuriti yang sangat ketat perlu dilalui Fara dan bayi, saya tengok hampir mustahil untuk kes culik bayi berlaku.
Masa nak keluar pun, makcik pengawal keselamatan sempat menitipkan kata-kata nasihat pentingnya penyusuan susu ibu pada saya dan Fara. Haha. Padu sungguh baq hang.
Mohon Datuk Hisham mempertimbangkan kenaikan gaji buat mereka dan mohon Dr Zaleha memberi anugerah khidmat cemerlang buat kakitangan puan.
from Pena Hitam http://ift.tt/2kB4WuR
via IFTTT