loading...
Isteri yang baru selesai membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan gembira mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Bagi tau suami tentang jantina anak, suami tiba-tiba keluarkan senapang dan seterusnya....Isteri Hamil Pelik Suami Keluarkan Senapang..Ramai TERKEJUT Apa Suami Buat !!! |Nebraska (Amerika Syarikat: Sepasang suami isteri berdepan tindakan undang-undang selepas mencetuskan ketakutan orang ramai semata-mata mahu mengumumkan jantina anak yang bakal ditimang mereka dengan cara yang ‘lain daripada yang lain.’
Jon Sterkel dan isterinya Ashley melepaskan tembakan secara haram terhadap sasaran menggunakan senapang ketika merakamkan pengumuman jantina anak sulung mereka yang disiarkan di Facebook.
Bunyi letupan yang menghasilkan kepulan asap biru pada petang Sabtu lalu itu dilihat penduduk di Scottsbluff, Nebraska, yang menyangka sebuah rumah atau kenderaan meletup menyebabkan mereka menghubungi pihak berkuasa.
Dalam video yang dimuat naik ke Facebook itu, bunyi letupan kuat dapat didengar dengan Sterkel kemudian menjerit “Anak kami lelaki!”
Mereka tidak menyedari perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hanya mengetahui kejadian itu mencetuskan ketakutan jiran selepas mendengarnya di radio menyebabkan pasangan terbabit menghubungi polis untuk memohon maaf.
from Pena Hitam http://ift.tt/2kH9qmG
via IFTTT