Inilah Rupa Bentuk ‘KHINZIR LAUT’ Yang Ramai TAK PERNAH TENGOK !!!

loading...

Inilah Rupa Bentuk ‘KHINZIR LAUT’ Yang Ramai TAK PERNAH TENGOK !!! | Penjelajahan dan penerokaan akan menemukan manusia dengan pelbagai jenis makhluk aneh. Salah satu antara makhluk aneh yang dijumpai melalui penjelajahan laut dalam ialah khinzir laut atau nama saintifiknya Scotoplanes.

Pakar sains menyedari kewujudan khinzir laut sejak lebih 100 tahun yang lalu. Ianya mula ditafsir oleh seorang ahli zoologi wanita dari Sweden bernama Hjalmat Theel pada 1882.

Menurut Theel, ekspedisi mengelilingi dunia yang disertainya bersama kapal penyelidikan dari Britain iaitu HMS Challenger dari 1872-1876 berjaya menemui 65 spesies kehidupan laut baharu termasuk khinzir laut.

Ia dipanggil khinzir laut kerana bentuknya yang menyerupai khinzir. Bentuk badannya bujur berwarna merah jambu dan mempunyai kaki yang montok dan gebu.

Ia hanya sebesar tapak tangan dengan ukuran kepanjangan badan sekitar 4-6 inci.

Walaupun kelihatan seperti haiwan, khinzir laut sebenarnya ialah sejenis timun laut atau gamat yang tinggal di dasar laut pada kedalaman melebihi 1000 meter dari paras laut.

Ia boleh didapati di Lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Khinzir laut menjadikan endapan sebagai makanannya. Ia menggunakan sesungutnya untuk menyumbat masuk butiran zarah organik yang didapati daripada lumpur laut dalam ke dalam mulut.

Ia gemar kepada sumber makanan organik dan kaya nutrisi terutamanya yang masih ‘segar’ dan baru sahaja tersembam ke dasar laut seperti bangkai ikan paus.

Ia menggunakan deria bau untuk menjejaki punca makanan. Oleh kerana itu ia cenderung untuk berhadapan dengan arus lautan.

Khinzir laut boleh dijumpai dalam satu kumpulan yang besar. Melalui pemerhatian, sekali tangkapan pukat tunda boleh mengumpulkan 300-600 unit spesies tersebut.

Walaupun begitu para penyelidik berpendapat khinzir laut dilihat berkumpul dalam satu kumpulan yang besar kerana sedang mengerumuni makanan, bukan kerana sifat semula jadi yang gemar hidup berkawanan.

Habitat khinzir laut tidak jauh berubah daripada lintah bulan laut, tapak sulaiman, landak laut, kepah dan spesies ekinoderma yang lain.

Ianya sama sekali tidak merbahaya kepada manusia. Oleh kerana khinzir laut ialah sejenis gamat dan mempunyai nilai nutrisi, ia boleh dimakan.

Khinzir laut mempunyai struktur badan yang agak lembik. Ia bergerak di dalam laut dengan berjalan di atas dasar laut.

Ia mempunyai 5-7 pasang kaki tiub yang dibesarkan dan bergerak dengan mengembung dan mengempiskan kakinya itu.

Sesungut atau struktur badan seperti antena yang terdapat di bahagian atas kepala sebenarnya adalah sebahagian dari kaki khinzir laut. Ianya umpama kaki tiub yang boleh diubah suai.

Selain boleh membantu melancarkan pergerakan khinzir laut, ia boleh mengesan makanan dengan menjejaki dan menghidu sisa bahan kimia yang keluar daripada sumber makanan tersebut.

Kredit : Era Baru

The post Inilah Rupa Bentuk ‘KHINZIR LAUT’ Yang Ramai TAK PERNAH TENGOK !!! appeared first on SINAR HARIANI.



from SINAR HARIANI http://ift.tt/2iA1QuA
via IFTTT
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close