Lelaki Ini Pernah Dipenjarakan. Selepas 10 Tahun Keluar Penjara Apa Yg Dia Dpt Buat Ramai TERKEJUT !!!

loading...

Lelaki Ini Pernah Dipenjarakan. Selepas 10 Tahun Keluar Penjara Apa Yg Dia Dpt Buat Ramai TERKEJUT !!! | Seorang peguam di Amerika Syarikat baru-baru ini telah menukar hukuman bersalah kepada tidak bersalah dalam kes rayuan di mahkamah terhadap hukuman seorang lelaki yang tidak bersalah.

 

 

Perkara yang sama berlaku kepada peguam ini yang telah disabitkan dengan kesalahan yang tidak dilakukannya.

Jarrett Adams telah dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan serangan seksual yang tidak pernah dilakukannya pada usia 17 tahun. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara maksimum selama 28 tahun.

Di dalam penjara, Jarrett telah bertemu dengan rakan sel yang pernah bekerja di perpustakaan undang-undang dan telah menggalakkannya supaya membaca dan mengkaji kesnya bagi mencuba membuat rayuan dan menukar hukuman kepada tidak bersalah.

Jarrett Adams berkata, “Dengan wajah anda yang seperti penjenayah, orang menghukum anda dan selepas itu anda tidak peduli dan berputus asa. Sepatutnya anda perlu berusaha”.

 

 

Jarrett Adams mengambil nasihat rakan selnya itu dan mula membaca buku undang-undang dengan mendalam.

Kemudian beliau menghubungi peguam Keith Findley dari biro bantuan guaman ‘Wisconsin Innocence Project’, satu organisasi tanpa keuntungan yang membantu golongan banduan yang telah dijatuhi hukuman secara salah bagi menuntut keadilan.

Dengan usaha keras Jarrett dan peguamnya, Jarett telah dibuktikan tidak bersalah di dalam rayuannya. Kesalahan dan hukumannya telah dibatalkan dan Jarrett telah dilepas dan dibebaskan.

Dengan ilmu undang-undang yang dipelajarinya dari buku di dalam penjara, Jarrett telah mendapati bahawa peguam yang membantunya pada waktu itu tidak cekap dan tidak meneliti kesnya secara jelas lalu telah mengheretnya ke dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

 

 

Pada tahun 2007, sebulan selepas dibebaskan dari penjara, Jarrett Adams telah memohon untuk memasuki universiti dan mempelajari bidang undang-undang.

Dengan usaha gigih dan minat mendalam di dalam bidang undang-undang, Jarrett Adams telah berjaya menggenggam ijazah undang-undang dengan lulus peperiksaan guaman pada tahun 2015.

Kini pada usia 36 tahun, Jarrett telah membela dan membantu 200 orang dari ‘projek tidak bersalah’ dan kesemua mereka telah didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

Projek ini telah ditubuhkan sejak tahun 1992. Jarrett merupakan peserta projek pertama yang telah dilantik sebagai peguambela bagi organisasi tersebut.

Baru-baru ini, Jarrett Adams telah bekerjasama dengan bekas peguamnya, Keith Findley di mahkamah Wisconsin untuk membela dan membebaskan seorang lelaki yang dipercayai telah disalah jatuhi hukuman.

 

 

Richard Beranek telah dijatuhi hukuman atas kesalahan memperkosa pada tahun 1990. Walaupun mempunyai saksi alibi, dia telah dijatuhi hukuman penjara di atas kesalahan tersebut.

Pada bulan Jun 2017, Richard telah didapati tidak bersalah apabila Jarrett Adams dan Keith Findley berjaya membuktikan Richard telah disalah tuduh. Richard telah dibebaskan setelah merengkok di dalam penjara selama hampir 27 tahun.

Kata Jarrets Adams, “Amat berbaloi bagi diri saya dan keluarga yang berjalan di mahkamah yang sama, di negeri yang sama, di mana mereka semua tidak langsung memandang saya semasa menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun terhadap saya. Kini, mereka telah mengiktiraf saya sebagai ‘Peguambela Jarrett Adams’.”

Kredit : Era Baru

The post Lelaki Ini Pernah Dipenjarakan. Selepas 10 Tahun Keluar Penjara Apa Yg Dia Dpt Buat Ramai TERKEJUT !!! appeared first on SINAR HARIANI.



from SINAR HARIANI http://ift.tt/2A2hGW4
via IFTTT
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close